Saturday, November 19, 2022

PERANAN SYARIAH

 MEMELIHARA NYAWA

  • Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia dan hendaklah diperlihara dengan sempurna.
  • Sebab itulah kumpulan kami bersepakat untuk mencipta model penapis air bagi mencegah masalah pencemaran air yang berlaku di Kelantan ini.
  • Dengan adanya model penapis air ini, kami dapat membuat proses penyulingan terhadap air dan hasil daripada itu, kami dapat menghasilkan air yang bersih dan dapat digunakan untuk kegunaan sendirian.
  • Kesannya, air yang bersih ini dapat memelihara nyawa seseorang itu daripada keracunan.
  • Air yang bersih ini juga dapat diguna pakai untuk melakukan ibadat seperti mengambil wuduk dan sebagainya.
MEMELIHARA HARTA

  • Seperti yang kita tahu, Islam mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti membazir.
  • Oleh hal yang demikian projek yang kami lakukan ini amatlah sesuai dengan peranan syariah itu sendiri iaitu memelihara harta.
  • Dalam menghasilkan projek ini,kami hanya menggunakan bahan-bahan kitar semula sahaja seperti botol, tisu, kapas dan sebagainya.
  • Dengan ini, kami dapat melakukan penjimatan dari segi kos bahan.
  • Kesannya projek kami ini amatlah mesra kos, mesra pengguna, dan mudah untuk dibuat.

No comments:

Post a Comment

  POLITEKNIK KOTA BHARU KM24,KOK LANAS 16450 KOTA BHARU KELANTAN DARUL NAIM     SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM (MPU 23052)   ADI AD...