RABBANIAH
- Rabbaniah bermaksud ketuahan yang menjelaskan prinsip syariah Islam dicipta dan disusun oleh Allah S.W.T. Bagi model penapis air ini yang dihasilkan, ia dapat menapis air yag kotor menjadi air yang lebih bersih untuk digunakan untuk berwhudu dan dapat menjadikan solat kita sah disamping menguatkan lagi ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
WASATIAH
- Wasatiah yang bermaksud kesedarhanaan yang menjelaskan bahawa kesederhaan dalam syariat adalah bersifat sederhana dan tidak berlebihan dan berkurangan dalam membuat suatu perkara.Prinsip ini boleh dikaitakan dengan pemilihan barang menepati keperluan dan modal yang dikeluarkan.Pemilihan bahan untuk membuat model ini mudah untuk dicari dan harga untuk membeli barang ini tidaklah terlalu mahal dan bersesuaian dengan modal yang dikeluarkan.Hal ini dapat mengingatkan kita suoaya tidak melakukan pembaziran dalam berbelanja membeli barang untuk model ini.
MIZAN
- Mizan bermaksud Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.Penghasilan model penapis air ini juga perlu mengikut prinsip mizan apabila ia dibina agar penghasilannya tidak melanggar hukum hakam yang ada di dalam syariat Islam.Seperti item-item yang digunakan di dalam penapis air hendakalah mengikut syariat Islam.Contohnya, batu, pasir dan kapas hendaklah bersih daripada semua najis kerana najis boleh memudaratkan kesihatan kepada kita.Sekiranya, terdapat najis pada item-item yang digunakan maka air yang diminum menjadi haram bagi kita dan tidak baik apabila menjadi darah daging kita.Daripada pemilihan item-item yang bersih ini kita dapat menghindari diri daripada kekotoran yang berada di dalam air.
No comments:
Post a Comment